January 30, 2015

Lumrah Isteri - Sukar Diramal

Assalamualaikum readers  



Laki telefon,
Laki : Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini : Tak mau bang, bini awak diet

Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tidur bilik sebelah

Bila laki tanya balik,
Laki : Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii
Bini : Memangla orang kata tak mau apa-apa... Tapi belikan jer la apa-apa... Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr...
Laki : Eh, bini aku ni... Yang mana satu ni?

-----------------------------------------------------------------

Laki telefon,
Laki : Petang ni awak nak masak apa yang?
Bini : Alaaahhh... Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik kerja ni abang makan siap-siaplah

Laki pon, balik kerja.. Singgah kedai mamak, tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben... Tiba-tiba bini jerit panggil suh makan!

Bini : Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi...!!

Laki : Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

----------------------------------------------------------------

Bini : Abang ni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang, awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke... Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii... Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta... Bila dah siap, kuar bilik... Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...

Bini : Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

----------------------------------------------------------------

Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?
Abang keja lah yang...
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

----------------------------------------------------------------

Bini : Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker... Dah kelupas-kelupas kulit jari tau... Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..

Bini : Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?

kenapa? kenapa? kenapa?????????????

---------------------------------------------------------------

"Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
Bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi...."

"Nak bagi pakai baju mana ni Yang...?" <--- laki tanya

"Alah abang ni... Kan baju anak ada 8 bakul tu... Pakaikan jerlah baju mana-mana pon... Bukan ada org nk tengok ponnn..."

Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju...

"Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? Kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha..."

Kesian lelaki... Alahaii...

Kahkah ! This is sooo me especially yg last tu *tutup muka*
Mahap ye encik somi ! :b

Thanks & Best Regards ,

January 26, 2015

#Tips : Merawat Anak Demam Kuning (Jaundice)

Assalamualaikum readers  

Walaupon anak BARU 2 org , pengalaman pon tak banyak mana . Tetappp jugaq nak share tips bagai , haha ! Lantokkan sajalah ye !

Demam kuning a.k.a jaundice ni memang dah famous sangat dikalangan infants yg baru lahir especially zaman sekarang ni . Katenyer sebab pemakanan , Wallahu A'lam ~

Mase Nazeef Muslim dulu teruk jugaq kuningnya . 3 hari menapak kat hospital . Mase Izz Iman Rania pulak Alhamdulillah sangat sebab dia takde jaundice . Dengan izin Allah , maybe sebab mase mengandungkan dia aku amalkan minum susu kambing setiap hari =)

So , aku nak share sikit tips merawat anak demam kuning a.k.a jaundice ni for newbie parents . Pon utk rujukan aku jugaq di mase hadapan *ehem ehem*

1. Susukan Baby Dengan Lebih Kerap

Baby yg kene jaundice ni memang asyik tido je kejenyer . Gerak dia ! Kalau bole sejam sekali paksa jugaq dia minum susu sebab lagi kerap baby kencing n poopoo , lagi cepat dia sembuh . Better jangan suruh dia nyot² sendiri susu badan sebab takut dia kemam je pastu tido . Pam then kasi guna syringe . Atleast kita bole tau dia minum banyak mana . Kalau dia yg mintak sendiri susu , barulah kasi yg nyot² , hehe ~

MASALAH SUSU BADAN KURANG
Kalau anak korang di zon bahaya , susu badan pulak takde / sikit *which is normal utk 2 / 3 hari pertama* , PLEASEEE kasi je lah susu formula dulu . But make sure tanam kat hati n kepala "aku buat semua ni utk sembuhkan anak aku , aku tak sanggup tengok dia kene ambik darah , tak sanggup tengok dia kene tahan wad , lepas je anak aku sembuh InsyaAllah aku akan fully breastfeed dia" . Lantokkan je org nak cakap ape , asalkan niat kita betul , anak kita sihat sudahhh =)

2. Mandikan Baby Dengan Air Daun Kucai

Ambik segengam kucai , cuci sampai bersih . Patah²kan n rendam dalam besen mandian baby . Nak rendam lame mane pon lantoklah ye ! Aku rendam tak sampai 15 minit pon , haha ! Pastu mandikan baby dgn air tu n tak payah bilas² dah dgn air bersih . Just bersihkan daun² tu je drpd badan dia

Mase Rania aritu , walaupon dia takde jaundice , dalam 15 hari pertama tu aku tetap amalkan dia mandi dgn air daun kucai ni jugaq sebab i is takutttt kalau² dia bakal terkene jaundice jugaq . Kira langkah berjaga²lah ni , hehe ! Alhamdulillah ~

3. Jemur Baby Bawah Cahaya Matahari

Ramai cakap tak elok . Tapi aku tanya doktor , dia cakap bole asalkan bukan direct . Contohnya kalau dalam rumah korang ade cahaya matahari masuk , jemurlah dia kat situ . Make sure cahaya matahari yg awal pagi tu ye ! Pakaikan pampers je time nak jemur tu . Matanya pon tutup la sikit pakai kain ke ape , taknak bagi kene direct cahaya tu .

So far , ni lah cara² yg paling berkesan utk merawat baby jaundice . Semoga bermanfaat \(^_^)/

*PERINGATAN : Tips ni cara aku ye ! Lain org lain caranya . Berkesan utk anak aku , belum tentu berkesan utk anak korang . Semuanya dengan izin Allah jugaq ye !

Thanks & Best Regards ,

January 21, 2015

Autumnz Bliss Single Electric Breastpump

Assalamualaikum readers  

Mase mengandungkan #IzzImanRania aritu , aku memang dah niat nak beli breastpump baru sebab breastpump sediada yg aku guna time #NazeefMuslim dulu macam dah nak rosak . Diulangi , MACAM DAH NAK ROSAK ye ! Masih belom rosak sebenarnyer , hahaha ~

Aku guna breastpump jenama FIFFY je sebelum ni


So far memang takde masalah dalam setahun lebih jugaq guna . Just button on off je dah rosak . Kirenyer kalau pasang je plug terus dia on , nak off pon terus tutup plug je lah jawabnyer , haha !

Tup² aritu kat MANJAKU ade buat offer AUTUMNZ BLISS SINGLE ELECTRIC BREASTPUMP 


Harga asal RM359 . Offer jadi RM199.90 . Malangnyer , arini flyes keluar , esoknyer aku pegi tanya , dia cakap DAH HABIS , pffttt ! Macam tipuuu sangat tau !

Terus aku cari kat LAZADA . RM180 je inc pos . Siap FREE manual pump conversion kit n power bank cable lagi . Arini order , 2 hari lepas tu Alhamdulillah sampai =)

So far memang best sangat pakai breastpump ni . Jauh beza dengan pakai breastpump fiffy dulu . Langsung tak sakit plus susu meriah sebab dia ade 2 stage pumping (stimulation & pumping) , 5 suction level n paling penting , TAK BISING !

Sangat recommended plus murah pulak tu , ringan pon ringan , senang nak usung p mai p mai opis ! Owhh oklah , dah cukup time nak p pump ni , daaa ~~

#NotaKaki : doakan aku berjaya fully bf my baby ye ! TQ =)

Thanks & Best Regards ,

January 16, 2015

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Assalamualaikum readers  

Alhamdulillah ! Daku dah selamat melahirkan anak kedua kami pada 15 November 2014 , 2:30am secara normal . Baby girl with 2.93kg . Sepasang dah anak aku =)

few hours after delivery
Khamis malam jumaat time aku kat rumah mak aku , sajelah borak² dgn dia pasal Akar Fatimah . Kate org Akar Fatimah ni memudahkan proses bersalin , Wallahu A'lam ! Tup² mak aku baru teringat yg dia ade simpan Akar Fatimah ni . Laju je lah aku bawak balik rumah n cecepat rendam =)

Pagi jumaat , siap² macam biasa nak pegi kerja . On the way nak pegi kerja tu terasa macam sakit . Tapi bukan sakit contractions . Maybe Braxton Hicks . Terus hubby suruh EL n rehat je kat rumah since due date pon lagi 2 hari .

Balik je rumah , lepas breakfast n tido 2 / 3 jam , terus sakit pon hilang ntah kemane . Frust ok mase tu sebab aku memang dah tak sabar nak beranak , haha ! Tapi ntahlah , hati memang kuat mengatakan yg aku akan beranak tat day . Terus pegi minum Akar Fatimah , sapu n mop 1 rumah dgn bersungguh² ,  haha !

Malam tu around pukul 11, tengah aku lepak² depan TV dgn husband , sakit contraction datang , tapi sekali je lah . Then around pukul 11.25 macam tu , another contraction datang . Terus husband suruh pegi mandi n siap² nak pegi hospital . Call mak aku suruh datang rumah kitorg tengok²kan Nazeef Muslim yg sedang dibuai mimpi .

Punyelah sebak time nak melangkah keluar rumah hanya Allah yg tahu . Tambah² bila mengenangkan Nazeef Muslim , Allah ~~~

Sampai hospital pukul 11.50 n terus cek bukaan . Tengok² baru 2cm . Ok stress daku ! Ingatkan dah 7cm ke ape kan , hahaha ! Lepas buat CTG bagai , around pukul 1.15 macam tu , doctor decide kene admit wad jugaq malam tu sebab bukaan dah 2cm , kalau 1cm memang dorang suruh balik dulu sebab wad penuh malam tu . 

Sampai je wad , tengok² katil aku yg jenis katil merempat tu . Ala , temporarily punya katil yg letak tepi corridor tu . Kata wad penuh kan ? Pffttt ! Time ni dah sakit agaq menggila jugaq , makin kerap punya sakit .

Mase baring kat katil , terasa sebak gila² . Dah la sakit , husband pulak takde , nak ngadu kat sape ni ? Uwaaaa ! Terus SMS husband cakap "sakit" . Dia reply suruh banyakkan bersabar n doa . Tup² aku dahaga gila , air masak tak bawak , bantai minum Air Selusuh je lah , hahaha !

Sakit makin kerap . Semua pon serba serbi tak kena . Baring tak bole . Duduk tak bole . Makanyer aku pon ulang-alik pegi toilet dgn arapan akan turun tanda , hahaha ! Rupenyer takda ye ! Frust ~

Pukul 1.50 pagi , sakit yg semakin n semakin kerap . Nak kabo kat nurse takut sebab baru sejam tadi je cek bukaan baru 2cm . Takkan dah nak beranak kan ? Kang sia² je kene makian , hahaha ! Nak tido tak bole , so aku ulang alik drpd katil ke kaunter , kaunter ke katil . Adelah dekat 2 / 3 kali aku ulang-alik .

Pastu kononnya lepas ulang-alik tu aku nak try baring jap . Baru baring 1 minit , terus rasa tak bole tahan dah sakitnya . Terus pegi kaunter gerak nurse . Nurse suruh cek bukaan . Mase cek bukaan , dia cakap "awak ni yg baru masuk tadi kan? ade minum air selusuh ke? patotnyer jangan minum air selusuh awal² sebab takot jalan tak bukak lagi , tapi sakit dah kuat" bla bla bla ...

Tetibe dia cakap "Ehhh , dah 8cm , kita tolak pegi labour room sekarang jugaq ye" . Nak je aku bahasakan nurse tu dgn kasi entry Air Selusuh ni , hahaha ! 

Mase kat labour room , setiap kali sakit datang , aku psyco diri aku "alaa kejap je lagi sakit ni , pastu bole jumpa my 2nd baby ni dah , tak sabarnyerrr" sambil tak henti² baca doa nabi yunus ...


Alhamdulillah lepas berape kali push WITHOUT menjerit or menangis macam 1st time dulu , keluarlah my baby girl . Alhamdulillah baby kalini takde masalah macam mase Nazeef Muslim dulu (Refer entry Pengalaman Bersalin Anak 1st) , so dapatlah aku rase skin-to-skin dgn baby . Allah ! Susah nak gambarkan perasaan time tu =')

Pukul 2.30am beranak , pukul 1pm on the same day dah bole discharge . Seronok tak hengatlah jawabnyer , hikhik ! Baby pon takde kuning , Alhamdulillah . Dengan izin Allah , maybe sebab aku amalkan minum susu kambing sepanjang tempoh mengandung kot .

Alhamdulillah mudah sangat rasenyer bersalin anak kedua ni . Ehhh ! Tapi mase Nazeef Muslim dulu pon mudah jugaq . Cuma yg kedua ni terasa lebih mudah sebab dah ade pengalaman kot , hehe ~

Introducing ... Izz Iman Rania , 2 months
Thanks & Best Regards ,

January 15, 2015

I'm Back!

Assalamualaikum readers  

Holla~ Ingat ke kat aku lagi ? =P

Last update 10/11/14 . Pastu terus buat² lupa yg aku ada blog , haha ! 

Actually arini aku dah start keje balik after 2 months maternity leave . So bila dah kat opis ni barulah teringat nak update blog , haha ! #konghajopunyapekerja

Owhh btw , aku dah selamat melahirkan my 2nd baby on 15th November 2014 , 2:30am . Baby girl with 2.93kg secara normal . Alhamdulillah ! Sepasang dah anak aku =)


Banyak entry nak up sebenarnyer . Pasal pengalaman bersalin , pengalaman berpantang sendiri , pengalaman urus anak setahun sorang . Ehhh ! Banyaklah entry nak up sebenarnyer . Cumanya , ntah bile , hahaha ! Okbai ~

Thanks & Best Regards ,

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy