Ling Choo Mooi, 59, ditemukan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di atas lantai kira-kira 9.30 pagi oleh seorang rakan perniagaannya.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd. Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, mangsa dipercayai mati dibunuh kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan menggunakan senjata tajam di bahagian leher.

"Kita masih menyiasat motif pembunuhan dan berdasarkan maklumat daripada keluarga mangsa kita yakin boleh mengenal pasti dan mengesan suspek dipercayai seorang lelaki," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tengku Mohd. Zailan berkata, siasatan awal mendapati kes bunuh itu tidak mempunyai unsur-unsur rompakan kerana kesemua barangan peribadi milik mangsa tidak diusik.

Mayat Choo Mooi dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, untuk dibedah siasat. - BERNAMA