May 5, 2017

Less Than 60 Days To PUSHHH , InsyaAllah ~

Assalamualaikum readers ♥ 


Less than 60 days to go . Nervous , tak sabar , semua perasaan pon dah ade sekarang , huhu..!

Syukur Alhamdulillah , masa 28 weeks hari tu , aku ade pergi buat 4D scan . Doctor bagitau yg uri dah kat atas [refer SINI kes uri tu] . Kedudukan baby ok , air ketuban pon ok , Alhamdulillah ~

Dapat skodeng gender baby , tapi mukanya dapat tengok separuh je sebab dia malu² , dia tutup sebelah muka pakai tangan , hehe..!

Rabu lepas appointment checkup 31 weeks kat KK . Berat naik lagi 2 kilo . So total dah jadi +14kg sepanjang 8 bulan pregnant ni , hambek kau ! Kahkah ~

Masa checkup tu jugaq kene cucuk kancing gigi . Allah , punyalah lenguh bahu ni jangan dikenang , sakit pulak tu *sobs sobs*

Doakan yg baik² for my pregnancy ni n deliver nanti ok . TQ korang 

Thanks & Best Regards ,

May 3, 2017

MOMMA® Pregolact™| Susu Pilihan Ibu Mengandung Dan Menyusu (Milk Booster)

Assalamualaikum readers

Alhamdulillah , baru² ni aku diperkenalkan dgn susu MOMMA® Pregolact™ iaitu susu bernutrisi utk ibu mengandung dan menyusu (milk booster)


Yg menariknya pasal susu utk ibu mengandung dan menyusu (milk booster) MOMMA Pregolact ni , ianya bertindak sebagai susu kesihatan dan kecantikan 4 in 1 + milk booster tau , wow sangat ♥ ♥ 
Susu utk ibu mengandung dan menyusu (milk booster) ni merangkumi 4 aspek penting iaitu :

๐Ÿ‘‰ CANTIK - membantu menghalus , melicin dan mencantikkan kulit ibu dan bayi
๐Ÿ‘‰ SIHAT - membantu memberi kesihatan yg baik dan merawat stress
๐Ÿ‘‰ BERTENAGA - membantu memberi tenaga express untuk ibu² yg sering keletihan
๐Ÿ‘‰ BIJAK - EPA dan DHA membantu meningkatkan perkembangan otak bayi

Susu utk ibu mengandung dan menyusu (milk booster) MOMMA Pregolact ni boleh didapati dalam 2 perisa iaitu vanilla bliss n chocolate . Aku pilih perisa coklat . Sedap sangat :)

MOMMA Pregolact adalah susu utk ibu mengandung dan menyusu (milk booster) berasaskan susu kambing berkualiti tinggi dan mengandungi 12 bahan semulajadi yg sangat terkenal sebagai milk booster iaitu Zaitun , Kismis , Omega 3 , Delima , Buah Tin , Habatus Sauda , Susu Kambing , Kurma , Madu , Safron , Inulin (prebiotic) Coklat serta Vanilla . Yg penting HALAL dan LULUS KKM tau



Nampak tu ? Sugar free , pure milk , no creamer and low fat . Sebab itulah susu ni sangat sesuai dijadikan pilihan no.1 susu utk ibu mengandung dan menyusu (milk booster)

Khasiat Susu MOMMA Pregolact buat Ibu Mengandung dan Menyusu (Milk Booster)
๐Ÿ‘‰ Menaikkan HB
๐Ÿ‘‰ Kurang alahan (morning sickness)
๐Ÿ‘‰ Menghilangkan rasa letih, lesu dan penat
๐Ÿ‘‰ Anak cerdas dan bijak
๐Ÿ‘‰ Meningkatkan perkembangan otak
๐Ÿ‘‰ Mengelakkan sakit pinggang dan kejang kaki
๐Ÿ‘‰ Merawat stress
๐Ÿ‘‰ Merawat masalah kulit kepala gatal atau rambut gugur
๐Ÿ‘‰ Meningkatkan imunisasi badan
๐Ÿ‘‰ Kulit ibu dan bayi, cantik dan halus
๐Ÿ‘‰ Penggalak susu ibu (milk booster)
๐Ÿ‘‰ Mengurangkan masalah kulit kering atau eczema
๐Ÿ‘‰ Mengurangkan risiko demam kuning
๐Ÿ‘‰ Tenaga ekspres buat ibu yang sering kepenatan


Since aku tengah mengandung sekarang , so pengalaman sendiri amalkan susu khas utk ibu mengandung MOMMA Pregolact ni memang membantu sangat dari segi membekalkan tenaga . Selalunya memang letih lesu je tau lepas balik kerja , ni lepas dah consume susu ni almost seminggu , macam bertenaga sikit nak buat kerja rumah lepas balik kerja :)

So aku memang dah plan nak terus jadikan susu utk ibu mengandung dan menyusu (milk booster)  MOMMA Pregolact ni sebagai milk booster aku lepas beranak nanti sebab katanya susu ni dapat membantu meningkatkan dan memekatkan susu ibu , InsyaAllah 

Antara Testimoni² Berjaya MOMMA® Pregolact™, Susu Utk Ibu Mengandung Dan Menyusu (Milk Booster)






More testimonial mengenai susu bernutrisi utk ibu mengandung dan menyusu (milk booster) ni boleh layari http://bit.ly/testimonialMOMMA

Untuk maklumat lanjut mengenai susu utk ibu mengandung dan menyusu (milk booster) MOMMA Pregolact ni , korang boleh layari facebook dan website MOMMA®:


Susu utk ibu mengandung dan menyusu (milk booster) ni juga boleh didapati di : 

MOMMA® Industries Sdn Bhd,
No 6-25-3, Tingkat 2, Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Hotline tempahan: 016-923 6962 / 016-924 6962

Google Map / Waze: Momma Club

Thanks & Best Regards ,

April 26, 2017

Rentetan Kisah Mesin Basuhku

Assalamualaikum readers

Haritu aku ade cerita pasal mesin basuh aku merajuk kan ? {Refer SINI}

So , jumaat lepas mesin tu memang betul² menguji kesabaran kitorg . Langsung taknak spin . Terpaksa perah kain manual :'(

Itu takpe lagi , yg lebih geramnya , kesan sabun kat kain² semua tu pon still ade lagi tau , pffttt..!

Makanya , petang tu jugaq kitorg pergi survey² mesin baru . Hari sabtu pon sambung survey lagi . Ade lah total dekat 7-8 kedai kitorg pergi survey , haha..!

Kalau ikut budget , cadangnya nak ambik mesin basuh jenama sharp , 11kg . Harga dalam RM12++

Tapi tu lah , dah namanya rezeki kot . Kitorg sajelah masuk COURTS , husband siap cakap "jom try masuk sini pulak , ni last kedai , saje nak tengok² je"

Rupanya bukan saje² nak tengok , rezeki kitorg memang dah tertulis kat situ , hikhik~


Samsung model baru , 16kg . Warranty motor 11 tahun . Harga offer RM16++ drpd RM26++ . Dapat less RM1000 sebab display punya , bezanya cuma tak dapat kotak je , lain semua memang tip-top , takde calar , takde kemek Thumb Up (y) Like Facebook Emoticon

Dapat lagi less 10% dengan steam iron free . So total around RM15++ . Alhamdulillah , syukur sangat . Tak pernah bayang pon dapat pakai mesin basuh 16kg tau , haha..!

Actually mesin basuh lama kitorg tu pon jenama samsung gaq . Warranty motor 5 tahun . Habis je 5 tahun memang kiok terus :'(

Beza samsung model baru dgn lama adalah warranty motor . Yg model lama memang 5 tahun je , yg model baru 11 tahun tak kisah berape kg pon


Pastu model baru dia add on sink ni . Kalau nak memberus kain contohnya macam kat area collar ke , lengan baju ke , haaa berus je kat sink ni , siap ade button water jet Thumb Up (y) Like Facebook Emoticon


Now nak basuh segala toto tu pon dah tak payah pergi dobi lah gamaknya , hikhik~

Alhamdulillah , rezeki mak buyong kot ni :)

Thanks & Best Regards ,

April 25, 2017

Jom Beli Tiket Penerbangan Murah dengan Traveloka

Assalamualaikum readers


Dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar pada masa kini, mesti ramai diantara kita yang sedang sibuk membanting tulang dan bertungkus lumus bekerja tak kira masa demi mencari sesuap nasi kan? Ceewah, ayat tak boleh blah, hahahaha.
Tapi seriously, itu adalah hakikat yang harus kita terima dan tempuhi walaupun pahit untuk kita semua terima. Sampaikan ada yang sanggup korbankan masa bercuti untuk diri sendiri ataupun bersama family agar dapat berjimat cermat. Lagi-lagi nak bercuti ke tempat yang memerlukan korang untuk pergi ke destinasi dengan menaiki kapal terbang, lagi la mengeluh kan? Dengan harga tambang yang mahal lagi.
Oleh itu, jangan risau saudara saudari, kini semuanya tidak lagi menjadi halangan dengan adanya traveloka.com!
Baiklah pada mereka yang baru first time nak cuba try test booking tiket penerbangan dengan menggunakan traveloka ni, begini caranya.
First things yang korang kena buat ialah log in traveloka ni dulu [LINK], lepas tu klik pada tempahan untuk tiket penerbangan ataupun Bahasa English nya ialah ‘flight’, and then, korang kena pilih tarikh penerbangan yang korang plan nak pergi. Bukan itu sahaja, korang kena pilih jugak nak one way trip ataupun round trip, jangan lupa nyatakan juga berapa orang yang akan turut serta pada hari kejadian, dan kalau ada yang bawa kanak-kanak pun sila nyatakan, pastu klik pada ‘search flight’.

Next, skrin akan memaparkan pelbagai jenis syarikat penerbangan yang available pada tarikh yang korang set awal-awal tadi, bukan tu sahaja tau, terdapat pelbagai jenis harga yang ditawarkan mengikut latest promotion yang diberi. So, tugas korang ialah pilih sahaja waktu penerbangan dan harga tiket mengikut bajet dan kemampuan korang.
Sudah selesai semua tu, korang dikehendaki mengisi maklumat penumpang dan settlekan pembayaran. Selepas 60 minit korang buat pembayaran, korang akan dapat notification about e-ticket through korang punya email. Mudah bukan?
Senang cerita, traveloka memang akan memudahkan kerja korang untuk membuat tempahan tiket kapal terbang dan membuat tempahan mengikut apa yang anda perlukan tanpa ada sebarang charge yang tersembunyi.

Bukan itu sahaja, dengan menggunakan traveloka, korang boleh membuat pilihan penerbangan mana yang selesa dan memenuhi kehendak korang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang terikat dengan bajet dan ingin berjimat cermat, traveloka adalah jawapannya!

Selain itu, traveloka juga menawarkan perkhidmatan untuk menempah hotel dan penerbangan sekali gus, jadi korang tak payah la serabut memikirkan mana nak booking flight dan hotel secara berasingan, sekali harung kan senang.



Dan yang paling best sekali apabila korang buat tempahan through traveloka, tak kira lah tiket flight ataupun hotel, ianya sentiasa menawarkan harga yang termurah dan terendah. Nak lagi best, korang kena la create account and login, hal ini kerana traveloka akan menawarkan special flights and hotel prices just for member.

Istimewanya traveloka ni, seperti yang saya nyatakan tadi, tiada charge yang tersembunyi, apa yang dipaparkan, pada harga itu lah yang korang akan bayar. Mana tidak nya, dengan zaman yang mencabar ni, macam-macam taktik yang mereka gunakan untuk menipu pengguna, yang menjadi mangsanya ialah kita. Jadi, dengan menggunakan khidmat tarveloka ni, korang tak perlu risau, semuanya dijalankan secara telus dan transparent.



Selain daripada itu, traveloka juga menyediakan khidmat bantuan 24/7 tau. So, kalau korang perlukan bantuan, jangan risau, korang boleh try reach customer service menerusi tiga cara, iaitu menerusi email, phone dan live chat.

Bagi memudahkan kerja korang lagi, korang boleh dapatkan aplikasi traveloka sekarang di smart phone korang.


 


Bila terasa nak booking tiket flight ataupun nak buat tempahan hotel, terus jep gunakan aplikasi traveloka ni, tak payah la bersusah-susah ambik masa nak guna laptop baru boleh buat tempahan. Come on guys, sekarang maklumat sudah ada di hujung jari sahaja, apa gunanya ada smart phone tapi tidak menggunakan dengan baik kan?


More info pasal traveloka ni korang boleh check it out kat :

Website : https://www.traveloka.com/ms-my/
Facebook : https://www.facebook.com/TravelokaMY
Instagram : https://www.instagram.com/travelokamy/
Twitter : https://twitter.com/TravelokaMY

Ok guys, semoga artikel ni sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi korang option untuk membuat tempahan tiket flight pada masa akan datang. Akhir kata, selamat bercuti dengan cara yang bijak!

Thanks & Best Regards ,

April 19, 2017

Happy Belated Birthday #NazeefMuslim

Assalamualaikum readers


12 April haritu birthday Nazeef yg ke-4 , tapi mamanya ni baru harini teringat nak update dalam blog , haha..!


Ni status facebook aku masa b'day dia haritu . Tak bole nak taip balik sebab nanti basah lagi keyboard ni , haha..!

Tapi betul , dia memang very understanding sekarang , nak² pulak time aku tengah memboyot sekarang ni , syukur Alhamdulillah

Rajin potpet - potpet pon ye jugaq n ofcoz his never ending questions , haha..!

Alhamdulillah , dah besar dah anak sulung mama ni . Semoga terus membesar dengan sihat , menjadi anak yg soleh and berjaya dunia akhirat sayang . Mama love u soooo much Emoticon Blowing A Kiss

Celebrate b'day dia simple² je . Konsep asal adooo namanya ni , hikhik~

Kitorg hadiahkan dia foldable 3 wheel scooter . Macam biasa , si adek pon WAJIB dapat jugaq , haha..! Beli 2 RM70 inc pos kat LAZADA


Nazeef punya warna biru , Rania punya warna pink . Tapi adeknya tu tak pandai main lagi , dia pegi duduk terus atas tu sambil tolak² guna kaki , pon bolelah nakkk , haha..!

Pastu pergi rumah my parents , his uncle n aunties bagi presents lagi ...


Memang habis hatilah namanya ni , hehe~

Thanks & Best Regards ,

April 10, 2017

Mesin Basuhku Dah Start Merajuk

Assalamualaikum readers

Kitorg laki bini ni jenis nak beli sesuatu memang kene menabung dulu . Menabung tu mean husband iols terpaksalah kerja kuat sikit bulan tu kumpul ot n keluar kerja site

Memang sebolehnya kitorg tak kan usik duit belanja bulanan kitorg sebab takut kang tak sempat nak ujung bulan dah lari budget , hikhik~

Dah berbulan sebenarnya kitorg plan nak pasang aircond kat hall kitorg . Wiring dah buat haritu , tinggal nak beli aircond n hired org nak pasang je

Masalahnya , menabung punya menabung , sudahnya sikit² duit tu kene tarik utk sesuatu yg lebih urgent , huhu..!

Lebih mencabar sekarang ni mesin basuh aku pulak dok buat perangai :'(


Beli masa memula kawen dulu , tahun 2012 . Dah 2 kali repair sepanjang guna . Ni dah masuk kali ketiga dah rosak . Nampaknya macam dah kene say goodbye terus je ni

Yg geramnya , kalau nak rosak tu rosak terus je lah kan . Ni tak , masih bole guna lagi sampai harini . Cuma time spin tu bunyi n bergegar dah macam nak gempa bumi . Padehal spin tu baju tak kering mane pon , ade jugaq air dok tik tik tik sikit , pffttt..!

Btw , kitorg sidai baju dalam rumah , ade ruangan tempat cahaya matahari masuk , tapi bukan direct lah , guna yg zink jernih tu . Ehhh , macam mana ntah nak explainnya , lantak lah ye asalkan nak bagitau yg menjadi masalah jugaqlah kalau kain tu masih ade tik tik tik airnya , haha..!

Serba salah dibuatnya nak beli mesin basuh baru *sobs sobs*

Thanks & Best Regards ,

April 3, 2017

1st Time Join Kelas Makeup

Assalamualaikum readers

Peel mengandung kali ni lain sikit . Mengidam tu memang takde setakat harini . Tapi sukeeee sangat layan makeup tutorial kat FB especially drpd mua Bellaz n Farah , haha..!

Pastu teringin sangat nak join simple basic makeup class by kak famie (Jisma Kasih. Dah lama teringin sebenarnya sebab kelasnya tu dekat sini je , tp ade je halangannya tau :'(

Tapi dah tertulis rezeki agaqnya , tup² kak famie pulak up kat FB yg dia ade buat kelas 26/03/2017 haritu . Fee utk seorg RM150 tapi kalau bawak partner jadi RM100 je seorg . Haruslah lelaju aku register sekali dgn adek bongsu aku , haha..!

1 kelas = 10 students
3 jam demo , 3 jam praktikal
Dapat free foods , doorgift n sijil . Dah balik rumah pon kak famie siap kasi notes yg sangat details ape yg kitorg belajar kat kelas tu haritu . Best sangat tau , hehe..!

Tema makeup class tu simple daily sweet looks . Sebab tu kitorg semua pakai dusty pink :)

Ni lah kak famie . Gojez sangat tau . Model pon gojez sangat sbb adek kak famie :D

Ni time praktikal . Segan iols tau . Majoriti semuanya dah pandai makeup kat situ . Iols dgn adek iols je tangan kayu lagi , kecian kak famie dpt students macam kitorg , haha..!

Ni hasil sentuhan kak famie :)

Ni pulak hasil sentuhan anak murid kak famie yg tangan kayu tu , kahkah..!

Selfie depan ringlight cikgu dgn harapan nampaklah gojez sikit , haha..! Okbai ~


Sekarang tengah dalam mood mencari barang² makeup pulak ni . Praktis , praktis n keep praktis..! Gituuuu bak kata kak famie :p

Btw , kalau korang ade yg berminat nak join kelas kak famie dalam masa terdekat ni , dia ade buat kelas basic to advanced kat area Johor , Manjung , KL , Ipoh n Penang tau . Bole direct wasep dia utk more info ye www.wasap.my/60122740174

Thanks & Best Regards ,

March 17, 2017

Stress Dengan Apps Facebook

Assalamualaikum readers

Lately ni aku macam stress dengan apps facebook aku tau

Kalau tak update , disuruhnya update sebab nanti langsung tak bole guna . News feed semua hilang ntah kemane


Tapi malangnya lepas update jadi macam ni pulak ...


Hoiii , stress betui ahkak tau ! Banyak kali jugaq jadi camni . Nak kene tunggu next update pulak gamaknya

Sementara tu terpaksalah guna apps facebook lite dulu

Masalah Facebook Lite ni pulak dah macam guna facebook zaman batu , punyalah old school , haha..!

Ade sesape pernah jadi macam ni jugaq tak ? Or sesape tau solutionnya mohon share ye , TIA Emoticon Blowing A Kiss

Thanks & Best Regards ,

March 16, 2017

Review Glow Gelenggang | Organic Herbal Soap & Oil

Assalamualaikum readers

Pernah dengar DAUN GELENGGANG a.k.a CASSIA ALATA tak ?

Sejenis daun herba power yg digunakan masa zaman tok nenek kita dulu dalam mengubati masalah kegatalan kulit sebab daun tu ada agen anti kulat terbaik

Tumbuk daun tu sampai berair pastu tampal kat tempat yg gatal² tu

Sekarang dah tak payah susah² nak pergi cari daun tu kat hutan n nak kene tumbuk bagai pulak sebab korang dah boleh dapat khasiat daun tu dalam produk ...

GLOW GELENGGANG


Glow Gelenggang ni adalah 100% produk herba organik dan bebas bahan kimia yg mampu melegakan masalah kegatalan kulit disebabkan :

๐Ÿ‘‰ Resdung
๐Ÿ‘‰ Eczema
๐Ÿ‘‰ Panau
๐Ÿ‘‰ Bisul
๐Ÿ‘‰ Kurap
๐Ÿ‘‰ Kudis Buta


10 ciri istimewa Glow Gelenggang ni berbanding produk lain dipasaran adalah :

๐Ÿ‘‰ Dihasilkan drpd bahan semulajadi dan organik
๐Ÿ‘‰ 2 in 1 kombinasi produk kesihatan dan kecantikan
๐Ÿ‘‰ Mengandungi minyak argan yg sangat bagus utk kulit
๐Ÿ‘‰ Dijamin halal
๐Ÿ‘‰ Boleh juga dijadikan sebagai body scrub
๐Ÿ‘‰ Design sabun yg sangat comel
๐Ÿ‘‰ Sesuai digunakan utk semua peringkat umur
๐Ÿ‘‰ Tidak mudah cair
๐Ÿ‘‰ Diperkaya dgn khasiat susu kambing
๐Ÿ‘‰ Tidak panas , pedih or keringkan kulit


Paling suka sabun ni , dah la comelll gila , bau coklat pulak tu , rasa nak kunyah² je #Ehhh

Info lanjut pasal produk Glow Gelenggang ni boleh layari :

Web : http://glowgelenggang.com/
Page : Glow Gelenggang

Or sebarang pertanyaan / pembelian boleh direct whatsapp +60145445951

Thanks & Best Regards ,

March 14, 2017

Gangguan Bekalan Air Di Daerah Manjung

Assalamualaikum readers

Huhu..! Dah masuk 18 jam weols kat daerah Manjung ni takde ayor

Nak harapkan air tangki memang menderita jugaqlah jawabnya sebab air slow gila . Tapi slow² tu pon , sempatlah jugaq kami anak beranak buat mandi petang semalam n pagi tadi

Tapi situasi kat singki dapur memang pejam mata je lah jawabnya , haha..!


Kedai air mineral murah kat kawasan rumah aku ni pon tetibe jadi famous terus harini sampai beratur² org kat luar kedai semata sebab nak beli air mineral sebab air takde kat rumah , haha..!


Katanya air takde ni berpunca drpd paip utama pecah *sobs sobs*

Semoga abam² LAP dapat settlekan masalah ni cecepat n TQ in advanced :)

Thanks & Best Regards ,

March 6, 2017

Dugaan 3rd Pregnancy

Assalamualaikum readers

Hello March..!

Baru berkesempatan nak hello² kat March sbb starting March haritu tak berapa nak good utk aku *sobs*


Tepat² 1 March haritu around pukul 1pm , aku pergi toilet kat office , sekali nampak ade bleeding pulak . Punyalah nervous sebab seminggu sebelum tu pon aku pernah jadi macam tu jugaq , tapi takdelah banyak macam kali ni :'(

Terus shoot pergi klinik swasta yg dekat dgn office aku . Bila doc scan , dia cakap jantung baby ok Alhamdulillah , tapi uri pulak kat bawah . Sama kes macam masa pregnant Rania dulu [LINK

Esoknya tu pulak kebetulan memang aku ade checkup dgn KK . So aku ceritalah semua kat dorang . Time tu baby pulak breech , Allahuakbar ~~

Since sekarang baru 22W , so aku berdoa sangat² yg mudah²an nanti kedudukan baby n uri duduk kedudukan normal balik , InsyaAllah ~

Since aku dah 2 kali bleeding time pregnant ni , so drpd sticker putih putih bersih tu terus bertukar jadi sticker merah *pregnancy berisiko* . Makanya lepas ni setiap kali checkup memang kene nurse yg baju biru tu je cek , tak bole yg baju putih tu dah *sobs*

Nurse dah bagitau siap² , andainya uri masih kat bawah sampai 30W nanti , aku kene admit ward terus n 36W nanti terus dah kene bersalin . Mintak dijauhkanlah macam tu , huhu..! Korang doa²kan aku jugaq tau :')

Harini aku dah start keje balik lepas 3 hari MC . Mintak² semuanya ok n dipermudahkan , Amin ~

Thanks & Best Regards ,

February 27, 2017

Fesyen Rambut Terbaru Nazeef Muslim

Assalamualaikum readers

Rambut anak teruna aku sorang tu memang ayahnya je dok potong sendiri kat rumah semenjak dia lahir sampailah dia dah 4 tahun sekarang , hehe..!

Makanya semalam , memandangkan rambut Nazeef pon dah panjang , ayahnya pon ajaklah potong rambut


Rambut jenis halus , tapi cepat nau panjangnya

Time ayahnya dok potong rambut Nazeef *potong guna mesin yg mcm kat kedai tu* , aku pulak sibuk uruskan Rania yg dan² tu jugaqlah nak poopoo lah , nak mandi lah

Settle je uruskan Rania , tengok² rambut Nazeef pon dah settle ayahnya kerjakan




Aku taktau nak nangis ke nak happy tengok rambut dia gitu , huhu..!

Katanya stylo , tapi aku pulak yg terasa pelik tengok fesyen rambut gitu :P

Nazeef memang dah abeh hati ayah n adiknya cakap "hensem la abg ni" . Siap tak sabar nak pegi taska pagi ni sebab nak tunjuk rambut baru dia kat cikgu n kawan² , haha~

Thanks & Best Regards ,

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy